Adik-adik, mari kita mengenali seluruh keluarga dan keturunan (salasilah) Nabi dan Rasul Allah, iaitu nabi junjungan Nabi Muhammad SAW yang mana melalui Baginda lah agama yang suci ini diturunkan.
Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk "Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim.
Sesungguhnya keturunan Nabi Muhammad SAW merupakan keturunan yang baik-baik dan mulia serta dihormati di kalangan orang-orang yang mengenalinya...
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Siddiq ertinya benar di dalam tutur kata dan tingkah laku.
Amanah ertinya para rasul wajib menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sekalipun harus ditebus dengan jiwa raganya.
Tabligh ertinya wajib menyampaikan apa yang telah diterima wahyu dari Allah SWT. Disampaikan segala ajaran Allah kepada seluruh manusia tanpa disembunyikan walau suatupun.
Fatanah ertinya kecerdikan, kepintaran atau kebijaksanaan.
Mari kita sama-sama beramal dengan sifat Rasulullah SAW....Renung-renungkan dan Selamat Beramal!!
Terdapat banyak mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda baginda merupakan utusan Allah SWT yang sangat mulia dan dihormati. Baginda seorang yang maksum (suci dari dosa) dan merupakan utusan terakhir untuk seluruh umat. Berikut adalah beberapa mukjizat yang terbesar sebelum baginda dilantik menjadi Rasul.
- Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
- Lahir dengan tali pusat sudah terputus.
- Pada usia 5 bulan dia sudah
pandai berjalan, usia 9 bulan dia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun dia sudah boleh dilepaskan bersama anak-anak Halimah yang lain
untuk menggembala kambing.
- Halimah binti Abi-Dhua’ib, (Halimatussaadiah) ibu
susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya dia dinyatakan
telah kering susunya.
- Abdul Muthalib, datuk kepada
Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba
terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad.
- Dikisahkan ketika Muhammad
berusia empat tahun, dia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju
putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran lengkap bahawa kedua orang
itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk
mengeluarkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan
dadanya dengan salju.”
- Pendeta
Bahira menceritakan bahawa kedatangan Muhammad ke Syria untuk berdagang diiringi
dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Dia juga
sempat berdialog dengan Muhammad dan menyaksikan adanya sebuah Khatamun Nubuwah (tanda kenabian) di kulit lambungnya.
- Mukjizat lain adalah Muhammad
pernah memendekkan perjalanan. Kisah ini terjadi ketika pulang dari
Syria. Muhammad diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada
Khadijah ketika perjalanan masih 7 hari dari Mekah. Namun, Muhammad
sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari.
Banyak lagi kisah-kisah menarik tentang mukjizat Nabi Muhammad SAW yang sangat mengagumkan. Untuk mengetahui dengan lebih banyak lagi, jangan lupa untuk sentiasa melayari blog ini. Kami akan sentiasa menambah info-info yang menarik tentang Nabi Muhammad SAW.
Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat
gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan
dalam kitab Syamail Muhammad SAW.
Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis
riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka
berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas
pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas
ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu
(perkataanmu).”
Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah
Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian
Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan
menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu
dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut
kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu
kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau
turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’
bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di
tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di
bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma
tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari
Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” (HR. At-Tirmidzi).
Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di
tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa
(Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun
dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da
maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah
menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat
kembali).” (HR. At-Tirmidzi).
Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW
berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua
telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya
surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh
badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan
dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau
melakukannya sebanyak tiga kali.” (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya
mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi
sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun
tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri.
Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk
sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib
kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah
kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah
melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di
atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim,
daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di
masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” (Diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim).
Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk
kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan
telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur
malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup)
seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR.
Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui
oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya
sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.
Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada
anak-anak.
Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab
Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW
dan salafussoleh ialah:
Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
Tidur dalam keadaan suci.
Tidur dalam keadaan berwuduk.
Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.
Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud:
Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan
pandangan dan melebatkan bulu mata. (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan
al- Hakim).
Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah
berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang
tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang
bertekad kuat.
Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi
menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat
reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis
adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku
dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak
berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam.
Nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku
pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Riwayat Ibn Mas'ud r.a)
Kelebihan Berselawat
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat
kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya
selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang
sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak." (Amir bin Rabiah
r.a)
Nama: • Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin
Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin
Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah
Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin
Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
Nama-nama lain : • Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran : • Abu Qasim , Al-Amin.
Bangsa : • Arab Quraisy.
Agama : • Islam.
Tarikh Lahir : • Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi : • Ummu Mas’ud.
Tempat Lahir : • Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik : • Anak tunggal [ anak yatim ].
Nama Ibu : • Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan : • Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Anak : • Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara : • Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : • Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : • Hamzah , Al-A’bbas.
• Sufiah , Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : • Mariah al-Qibtiah , Raihanah.
Nama-nama Hamba Lelaki : • Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.
Nama Anak Angkat : • Zaid bin Harithah bin Syarahil.
Nama-nama Khadam : • Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : • Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As
, Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
Setiausaha Sulit : • Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal : • Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : • Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Harus : • Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.
Pendidikan : • Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan : • Gembala Kambing.
• Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul : • Umur 40 tahun di Gua Hira’.
Guru Pertama : • Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.
Tugas Utama : • Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
Jawatan Yang Diamanahkan : • Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan : • Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi : • Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم
Kenangan Manis : • Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Kenangan Pahit : • Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu • Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.
Pengalaman Yang Paling Menakutkan : • Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : • Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah. Sahabat-sahabat Kanan : • Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : • Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan : • Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan : • Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Peristiwa Yang Mengembirakan : • Pembukaan Kota Mekah.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : • Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia : • Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke
Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu
Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].
Isteri Yang Paling Disayangi : • ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].
Anak Yang Paling Disayangi : • Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi : • Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi : • Abu Bakar.
Nasihat Nabi : • “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi : • Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku
tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya
kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi : • Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat : • Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah
mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku
di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )